Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017

Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017
PERDASAMA Satu Pasukan Satu Tujuan

Friday, February 22, 2013

Mesyuarat Biro Hal Ehwal ICT Perdasama di Ibu Pejabat Perdasama

Dari kiri: Mohd Hisham Othman, Emma Idris, Zeflin Sulaiman, Anja Juliah Abu Bakar,
Zaklean Ansari, Dato Fauzi, Datuk Naim Mohamad, Datin Junaidah Mohamed & Hassan Mohd Simoh

Kuala Lumpur, 22hb Februari, 2013.

Biro Hal Ehwal ICT Perdasama telah mengadakan mesyuarat nya pada hari ini dan telah bersetuju untuk melaksanakan tiga inisiatif yang akan membawa faedah dan juga perkhidmatan yang bermutu kepada ahli ahli Perdasama dan juga masyarakat Ekonomi Bumiputera pada keselruhan nya.

Diantara inisiatif yang telah dipersetujui ialah untuk mengaktifkan jaringan Perdasama dimana komuniti Perdasama yang berjumlah lebih 50,000 syarikat ini akan dirangkaikan diatas satu forum untuk meninjau dan sama sama menerokai peluang perniagaan dan perdagangan dalam negara dan juga diperingkat antarabangsa.

Biro hal ehwal ICT juga akan meneraju Biro Khidmat dan Aduan Perdasama (BKAP) dimana Ahli Jawatankuasa akan secara sukarelah memberi khidmat bakti untuk menyelesaikan masaalah masaalah ahli yang berhubungan kait dengan perlesenan, ruang niaga, pinjaman bank dan lain lain yang berhubung dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Tempatan dan Agensi Agensi Kerajaan di semua peringkat.

Ketiga nya Biro ICT telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Dream Chorus untuk melaksanakan dan memepromosikan portal Brand Malaysia yang akan menjadi Direktori Utama Peniaga dan Pengusaha di Malaysia ini.

No comments: