Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017

Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017
PERDASAMA Satu Pasukan Satu Tujuan

Sunday, August 28, 2011

Dana untuk Syarikat Bumiputera

Dana untuk syarikat bumiputera

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Dana Mudah Cara berjumlah RM2 bilion bagi kegunaan inisiatif-inisiatif Projek Permulaan (EPP) untuk syarikat bumiputera yang layak melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Teraju hari ini, Perdana Menteri berkata, penubuhan dana hasil kerjasama Teraju dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) itu bertujuan meringankan isu pembiayaan yang menjadi kekangan kepada syarikat-syarikat bumiputera.

‘‘Dana ini akan menyediakan sokongan kepada Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) bumiputera dan akan menjadi insentif tambahan bagi syarikat-syarikat yang memohon untuk mendapatkan bantuan di bawah program Teras yang dilancarkan Teraju pada 20 Julai lalu.

‘‘Ia juga akan menjadi sokongan kepada inisiatif-inisiatif lain yang telah dan bakal diperkenalkan untuk syarikat-syarikat bumiputera,” katanya.

Pengumuman itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) kelima di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, dana berkenaan diwujudkan sebagai tipping point sesuatu projek dengan menyediakan pembiayaan bagi infrastruktur agar PFI bumiputera dapat memberi lebih tumpuan kepada pelaksanaan projek.

Selain itu kata beliau, dana tersebut juga akan menjadi pemangkin kepada syarikat bumiputera menjalankan projek-projek besar yang mempunyai tahap kelayakan minimum nilai pelaburan projek berjumlah RM20 juta.

‘‘Adalah diharapkan impak jumlah pelaburan ini akan membawa manfaat kepada syarikat permulaan serta usahawan mikro bumiputera bagi membolehkan mereka memperbaiki kedudukan dalam rantaian nilai,” katanya.

Berdasarkan anggaran Teraju pula, dana itu dijangka menjana sejumlah lebih RM10 bilion pelaburan swasta.

Pada mesyuarat yang sama, Najib turut mengumumkan peruntukan bumiputera yang dianggarkan bernilai RM8 bilion dalam keseluruhan projek Transit Aliran Massa (MRT) jajaran Sungai Buloh-Kajang.

Kata beliau, beberapa pakej khas kepada kontraktor bumiputera di bawah projek itu telah dikenalpasti antaranya pakej kerja sivil dan infrastruktur, pakej sambungan bekalan tenaga TNB, pakej perolehan berpusat, pakej terowong dan bawah tanah dan pakej sistem MRT.

‘‘Peruntukan bumiputera dianggarkan sebanyak 43 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan projek MRT pada jajaran berkenaan,” kata Najib.

Friday, August 26, 2011

Wednesday, August 24, 2011

Wednesday, August 17, 2011

Dua Rangkap Pantun untuk YAB Perdana Menteri

TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU LAYUAN
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU RINDUAN

PERAHU LAYAR PERAHU SANGKUT
MUDEK LALU DI PELABUHAN
TUAN PEMIMPIN KAMI PENGIKUT
MASA MEMOHON DI TUNJUKKAN JALAN

Kunjung hormat Jawatankuasa Pelaksana Himpunan NGO Melayu bersama YAB Perdana Menteri Malaysia

Dari kiri: Dato Samad, Tuan Hj Mohd Rosli, Dato Hj Mohd Alayudin, Puan Jamaliah, Nor Rashid, AR Hj Zainal, Tuan Syed Ali Al Atas, Ir Abdul Aziz, Dato Seri Najib, Datuk Naim Mohamad, En Azril Md Amin, Dato Izat Emir, Sdra Tukiman, Sdra Syahrizal, Sdra Ismadi, D S Dr Nasir, Dr Shahridan Faiez dan Rizal Faris Mohideen.

Sunday, August 14, 2011

Program Berbuka Puasa Perdasama bersama KTPKM di rumah kanak kanak Tunku Budriah

Pengetua Rumah, Hj Azmin, Dato Izat Emir, Dato Suhaimi Shahadan dan Dato Alias

Dato Norizan, Hj Ami, Puan Ami ,Puan Shahratulnaim dan Datuk Naim

Tetamu Tetamu Kehormat menyampaikan sumbangan kepada anak anak

Friday, August 12, 2011

Majlis Pra Pelancaran Projek Mutiara Negeri Sembilan 2011 dan 2012

Dato Hj Mohd Yusof Yunus, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) merasmikan Pra pelancaran Projek Mutiara Negeri Sembilan sambil diperhatikan oleh Datuk Haji Naim Mohamad, pengerusi Biro Latihan PERDASAMA sambil diperhatikan Azamanizam Baharon, Pengurus Projek Mutiara Negeri Sembilan.

Thursday, August 11, 2011

Kunjung hormat dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ahli ahli Majlis Tindakan Ekonomi Melayu bersama Dato Seri Ismail Sabree

Dari kiri: Dato Izat Emir, Dato Daud TKSU dan YB Menteri

Datuk Naim Mohamad sedang membacakan Memorandum MTEM

Kunjung hormat dengan YB Menteri Kerja Raya Malaysia

Dato Izat bersalaman dengan YB Dato Shaziman diperhatikan Naim