Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017

Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017
PERDASAMA Satu Pasukan Satu Tujuan

Thursday, February 24, 2011

Mesyuarat Task Force ETP Perdasama

Y Bhg Dato Mat Shah Safuan mempengerusikan mesyuarat Task Force ETP Perdasama

Ahli Jawatankuasa yang hadir untuk membincangkan mengenai LAB Melayu dan sebagai nya

Dari Kanan ke Kiri: Dato Mat Shah Safuan, Dato Abd Rahim dan Datuk Naim bin Mohamad

Tuesday, February 8, 2011

TERAJU


Pejabat Perdana Menteri
1. Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) telah pun menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menerajui, mengurus serta memacu inisiatif bagi memperkukuhkan agenda pembangunan bumiputera.
2. TERAJU terdiri daripada lima bahagian utama, setiap satu dipertanggungjawabkan untuk bidang berikut:
i. Keusahawanan dan penciptaan kekayaan;
ii. Pembiayaan;
iii. Pendidikan dan Penggajian;
iv. Penilaian Institusi & Instrumen Polisi; dan
v. Pengurusan Stakeholder.
3. Bagi memastikan pelaksanaan inisiatif Bumiputera yang efektif dan cekap, peranan TERAJU ditetapkan seperti berikut:
i. Memastikan hasil yang pantas dan efektif – termasuk menilai semula inisiatif pembangunan Bumiputera yang sedia ada untuk memperkukuhkan keusahawanan Bumiputera, penyertaan di dalam pekerjaan berpendapatan tinggi dan pembangunan keupayaan untuk penciptaan serta pemilikan kekayaan;
ii. Meningkatkan keberkesanan Institusi – Menilai institusi-institusi yang terlibat dengan Agenda Bumiputera untuk merasionalisasikan fungsi-fungsi institusi berkenaan demi memastikan setiap institusi mempunyai mandat, tumpuan serta tahap kemahiran yang diperlukan;
iii. Program Pengurusan dan Sokongan AktifTERAJUakan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baru, mengenal pasti serta menyelesaikan perkara yang mungkin menimbulkan masalah pelaksanaan, memberi cadangan kepada MTAB serta memantau status pelaksanaan; dan
iv. Penilaian Keberkesanan– Memastikan aspirasi serta tumpuan kepada perkara yang perlu diberi fokus adalah jelas, iaitu penggajian, keusahawanan dan penciptaan kekayaan. Seterusnya TERAJU akan membuat penilaian impak ke atas inisiatif yang dilaksanakan serta memperbaiki strategi perlaksanaan, sekiranya perlu.
4. TERAJU akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang dikenalpasti bagi memantapkan inisiatif yang dilaksanakan, menilai program yang sedia ada serta menyelaraskan pelaksanaan program-program. Untuk lebih memahami isu-isu serta sentimen yang berkaitan,TERAJU akan sentiasa bekerjasama dengan pihak NGO sertastakeholder yang lain dan akan memberi cadangan yang bersesuaian kepada MTAB. TERAJU telah pun mula merancang, serta melaksanakan Program Transformasi Agenda Bumiputera (PTAB), mirip kepada Program Transformasi GLC yang diperkenalkan pada tahun 2004.
5. Encik Husni Salleh telah dilantik sebagai Ketua Pegawai EksekutifTERAJU. Beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAVCAP, dan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman di dalam bidang pelaburan serta Modal Teroka (Venture Capital).
6. Selain itu, Urusetia Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) akan juga diletakkan di bawah TERAJU. Program SJJB ini merupakan salah satu agenda untuk mempertingkatkan kemampuan usahawan Melayu dalam bidang ekonomi khususnya dalam pemilikan ekuiti. Melalui SJJB, kerajaan ingin menambahkan lagi bilangan syarikat Bumiputera yang telah dan akan disenaraikan di Bursa Malaysia baik di papan Utama ataupun ACE. SJJB hari ini digerakkan oleh sebuah Urusetia di bawah Kementerian Kewangan.
7. Setakat ini, sudah ada lima syarikat Bumiputera di bawah skim ini yang telah pun tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat tersebut ialah Handal Resources Berhad, Lityan Holdings Berhad (sekarang dikenali sebagai Theta Edge Berhad), Malaysian Genomics Resource Centre Berhad, Cypark Resources Berhad dan Century Software Holdings Berhad. Pada tahun ini dijangkakan lima buah syarikat Bumiputera akan disenaraikan. Jumlah ‘market capitalization’ akan meningkat melebihi paras RM1 bilion pada tahun ini, dan kita berharap ini dapat digandakan kepada RM2 bilion pada pertengahan tahun hadapan.