Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017

Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017
PERDASAMA Satu Pasukan Satu Tujuan

Thursday, June 30, 2011

Kelebihan Bulan Rejab

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

-Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Friday, June 24, 2011

At the Governemnt Liked Companies Open Day at KLCC Kuala Lumpur.

Datuk Naim Mohamad, Tan Sri Lodin, Tan Sri Azman and Tan Sri Ahmad Kama Piah of PNB listening to Tan Sri Koh.

Tan Sri Arshad Ayub, YB Datuk Ahmad Maslan and Datuk Naim Mohamad

Monday, June 20, 2011

Kunjung hormat dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Datuk Naim Mohamad dan Dato Haji Mohamad Roslan bin Sakiman

Dari kiri: Puan Julia, Datuk Naim, Dato Hj Mohamad Roslan dan Encik Azman

Saturday, June 18, 2011

Perjumpaan tertutup dengan AJK Perdasama Pulau Pinang

Dato Izat Emir dan Datuk Naim Mohamad bersama Tuan Haji Waheed

Ahli Jawatankuasa Perdasama Pulau Pianang

AJK Perdasama Pulau Pinang

Thursday, June 16, 2011

Mesyuarat Jawatnkuasa Pelarasan Teknikal EIC pada 16/6/2011

Encikm Nurul Hafez Abd Jalil sedang memberikan taklimat

Dari kiri: Encik Azmi, Encik Hafez, Datuk Naim Mohamad, Puan Junaidah, Puan Harlina, Cik Siti dan Cik Suriati.

Encik Hafez sedang menggariskan pelan tindakan untuk Jawatankuasa Teknikal EIC.

Wednesday, June 8, 2011

Mesyuarat Petugas EIC di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Y Bhg Prof Dr Razmi bin Chik mempengerusikan mesyuarat Task Force Economic Intelligence Centre

Dari kiri: Dr Zarina Salleh, Encik Hafez, Puan Junaidah dan Datuk Naim

Dari kiri: Puan Halina Hassan, Puan Juliana, Tuan Maser Yaakub, Dato Matshah dan Prof Dr Norsaadah