Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017

Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017
PERDASAMA Satu Pasukan Satu Tujuan

Tuesday, February 12, 2013

HENTIKAN SERANGAN KEPADA KETUA-KETUA EKSEKUTIF MELAYU oleh Dato Moehamad Izat Emir,Presiden Perdasama



Badan badan Melayu wajib mentransformasi pemikiran mereka agar memandu dan membimbing masyarakat ekonomi Melayu kearah penyelidikkan dan pembangunan untuk memajukan kaum nya tanpa menuding jari atau menyalahkan mana mana pihak.

Masyarakat ekonomi Melayu tidak boleh mempertanggungjawabkan kemunduran mereka atau kemajuan mereka kepada pihak lain. Orang orang Melayu sendiri perlu sedar dan insaf tentang status dan kedudukkan mereka dan cari jalan bagaimana hendak memperbaiki usaha, syarikat atau pun organisasi mereka.

Perdasama tidak mahu Organisasi-Organisasi yang sepatutnya membangunkan ekonomi orang Melayu hanya menjadi pencadang dan pendesak untuk memecat eksekutif-eksekutif yang telah dipertanggungjawabkan untuk memajukan organisasi organisasi Kerajaan yang telah dibina dan diujudkan oleh Kerajaan.

Satelah memerhatikan dari dekat pendekatan MTEM selama ini, MTEM telah gagal memainkan peranan saperti yang diharapkan. Matlamat nya telah jauh lari dari hasrat dan tujuan asal untuk menyatu padukan masyarakat ekonomi Melayu untuk mengadakan usahasama dan kerjasama yang baik dengan institusi kerajaan bagi membina masa depan masyarakat ekonomi Melayu.

Sebaliknya MTEM telah bersikap negatif didalam tindak-tanduknya dengan beberapa saranan saperti dibawah:

1. Mencadangkan supaya Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Encik Husni meletakkan jawatan
2. Mengkritik Iskandar Development Authority kerana tidak memberikan peluang dan keistimewaan
        kepada orang orang Melayu Johor,
3.     Mendesak diberhentikan Ketua Eksekutif Khazanah, Tan Sri Azman kerana tidak mashu melayani
        permohonan DPMM
4. Mendesak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar untuk meletakkan jawatan atas dasar telah gagal untuk meningkatkan usahawan Melayu dalam bidang minyak dan gas

Perdasama ingin menasihatkan NGO NGO Melayu agar berpandangan jauh untuk kesejahteraan ummah dan masyarakat ekonomi Melayu dan bukan berpandangan jangka pendek dan penoh dengan emosi tanpa perancangan dan strateji yang sempurna. Masyarakat Ekonomi Melayu wajib bertindak secara professional dan berhemah serta penoh sopan dan santun yang menjadi tunjang kekuatan kebudayaan orang orang Melayu. Zaman sudah berlalu dimana taktik mengugut dan menghentam digunakan untuk meraih peluang dan keuntungan.

Perdasama yakin dan percaya Petronas mempunyai Dasar dan Sistem yang baik untuk memajukan masyarakat Ekonomi Melayu yang berwibawa didalam bidang minyak dan Gas dan mempunyai peraturan yang telus dan jelas. Jangan kerana kita tidak dapat mematuhi syarat dan peraturan, kita hendak salahkan orang. Petronas merupakan syarikat minyak yang unggul di dunia dan merupakan Syarikat Malaysia yang paling untung di negara dan juga yang terbaik di dunia.

Perdasama ingin menjelaskan bahawa walaupun kami merupakan salah sebuah organisasi pengasas kepada MTEM, tetapi kami telah menarik diri dari MTEM sehingga mereka memperbaiki halatuju perjuangan mereka untuk benar benar menyatupadukan masyarakat ekonomi Melayu dan mengangkat martabat mereka ketaraf yang lebih tinggi.

Perdasama tidak setuju sama sekali Organisasi Melayu mencemuh dan merendahkan Pegawai dan Pengurusan Melayu yang telah diberikan amanah dan mandat  untuk menguruskan organisasi organisasi berkepentingan Kerajaan.

Perdasama selalunya mencadangkan agar kita melaksanakan pendekatan berunding daripada tindakan menyerang. Jika kita hendak menyelesaikan masaalah, “process of engagement” adalah lebih baik dari “confrontation”.

Didalam kita hendak menyatupadukan ummah dan masyarakat ekonomi Melayu dan memerlukan bantuan dan sokongan semua pihak samada Kerajaan dan bukan Kerajaan, diharapkan kerja kerja menjatuhkan maruah pengurusan masyarakat ekonomi Melayu dihentikan.

Ada forum dan saluran yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masaalah. Jangan sekali kali kita yang menimbulkan masaalah oleh kerana kepentingan yang sempit berbanding dengan ajenda masyarakat ekonomi Melayu yang lebih besar.



No comments: