Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017

Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017
PERDASAMA Satu Pasukan Satu Tujuan

Saturday, June 14, 2014

Sukan Orang Pekak Malaysia kali ke 18 di Negeri Melaka bermula 13hb Jun hingga 20hb Jun, 2014

Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan
Oleh YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Menteri Wilayah Persekutuan, Malaysia.


YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bergambar ramai bersama ahli ahli Kontinjen Wilayah Persekutruan diacara majlis penyerahan bendera kepada Ketua Kontinjen Y Bhg Datuk Naim Mohamad


YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan kepada Ketua Kontinjen SOPMA 2014 Wilayah Persekutuan, Datuk Naim bin Mohamad.
YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melepaskan pengangkutan yang membawa Kontinjen Wilayah Persekutuan ke Melaka.


Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) ke18 yang bakal berlangsung pada 13 hingga 20 Jun ini.

Sopma kali ini bakal melibatkan kirakira 1,000 atlet kurang upaya pendengaran termasuk pegawai dari seluruh negara.

Penganjuran Sopma kali ini juga membabitkan atlet dari dua negara jiran iaitu Singapura dan Brunei untuk bersaing dalam tujuh acara sukan yang dipertandingkan.

‘’Tujuh acara berkenaan termasuklah bola sepak, futsal, badminton, boling tenpin, boling padang, olahraga dan bola jaring.

"Kesemuanya akan diadakan di beberapa venue di sekitar bandar raya Melaka, Ayer Keroh dan Krubong.



Kontinjen Wilayah Persekutuan yang terdiri dari 78 orang athlit dan 12 orang pegawai akan mengambil bahagian dalam enam Acara ia itu: Badminton, Bolasepak, Boling tenpin, boling padang, olahraga dan bola jarring.

Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan , Datuk Naim Mohamad, telah mensasarkan agar Kontinjen membawa pulang sekurang kurang nya 10 pingat EMAS berbanding 8 pingat EMAS pada kejohanan yang lalu dan juga untuk memperbaikki kedudukkan dari tangga ketiga kepada Pertama atau Kedua.

Datuk Naim Mohamad mengucapkan terima kasih kepada semua pihak samada Kerajaan atau swasta yang memberikan bantuan dan sokongan untuk menjayakan  Sukan Orang Pekak Malaysia ini yang telah dilaksanakan sejumlah lapan belas kali. Walaupun ahli ahli sukan yang terlibat mempunyai kekurangan kekurangan masing masing, tetapi mereka merupakan ahli masyarakat yang terpenting yang perlu diberikan perhatian dan juga melaksanakan program dan aktibiti saperti rakyat yang lain diMalaysia ini.

Acara sukan berkenaan juga bertujuan mencari bakat serta memberi peluang kepada atlet pekak yang berbakat untuk mewakili negara ke Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) dan Sukan Olimpik Orang Pekak (Deaflympic).

Acara anjuran MSDeaf dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini telah beberapa kali berjaya menghantar kontinjen dalam keduadua sukan antarabangsa berkenaan sejak 1994.


Datuk Naim Mohamad juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Idris Haron selaku Ketua Menteri Melaka dan juga Kerajaan Negeri Melaka yang telah sudi untuk menjadi tuan rumah kepada SOPMA kelapan belas ini.

No comments: