Perbincangan telah diPengerusikan oleh TNC UiTM Dr Norsaadah dan dihadiri oleh Dato Izat Emir, Datuk Naim Mohamad, PM Dr Mohd Adnan Hashim, PM Dr Roaimah Omar, Pn Norra Md Shah dan Pn Norliah
Perjumpaan ini telah diatur salepas lawatan TNC ke Melaka dimana Program International Conference on Islamic Business, Art, Culture and Communication (IBACC) telah dimaklumkan untuk dianjurkan oleh UiTM Melaka dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKPT) pada 26hb,27hb dan 28hb Ogos,2014. Oleh kerana UiTM juga telah bersetuju untuk mengadakan Projek Warisan Melayu Sedunia (WMS) yang berthemakan "Menjulang Warisan Bangsa" dalam tahun 2014, maka satu persefahaman perlu dibentuk agar kedua dua program akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif dan matlamat yang hendak dicapai.
Y Bhg Dato Izat dan Datuk Naim telah menerangkan tentang falsafah, tujuan dan matlamat WMS dimana Projek ini bertujuan untuk menyatupadukan pedagang
dan pengusaha warisan melalui satu rantaian dan rangkaian yang kemas lagi
bersepadu, menambah hasil kepada produk warisan untuk meningkatkan pendapatan
ekonomi Bangsa, memelihara harta intelek produk warisan, mendagangkan produk
warisan didalam Negara dan menerokai pasaran antarabangsa dan membina pusat
kajian dan pembangunan (R&D) Warisan.Projek ini juga adalah kesinambungan projek yang telah
dimulakan pada tahun 2005 yang perlu dipertingkatkan keberhasilannya agar ia
akan dapat menjadi asas kepada perancangan dan strategi yang bersepadu untuk
melibatkan masyarakat ekonomi warisan bagi menjayakan Malaysia sebagai Negara
Maju pada tanggal 1hb Januari 2020.Projek ini akan meliputi acara Jamuan Makan Malam Santapan diRaja, Kongres dua hari, Pameran dan Padanan Perniagaan.
PM Dr Mohd Adnan Hashim dan PM Dr Roaimah Omar telah menjelaskan objektif ICIBACC dimana ia akan menyediakan platform untuk para penyelidik membincangkan permasaalahan dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dan Islam seluroh Dunia, mengimbau dan menyingkap kegemilangan warisan ketamaddunan Islam dan Melayu, menilai pencapaian masyarakat Melayu dan Islam dalam pelbagai bidang dari konteks domstik dan global, membincangkan peranan kesultanan Raja Raja Melayu dalam perundangan, politik dan Ugama, menyediakan ruang dan menggalakkan penyelidik untuk berkongsi ilmu pengetahuan, penyelidikkan dan innovasi dan membina jaringan hubungan dikalangan para penyelidik dari dalam dan luar negara.
Oleh kerana kedua dua projek ini merupakan program ilmiah dan akademik dan juga mempunyai matlamat praktikal untuk memajukan umat Islam dan masyarakat ekonomi Melayu melalui aktibiti Perdagangan dan Perusahaan yang sedang mereka laksanakan didalam dan luar negara, maka perbincangan telah bersetuju untuk bekerjasama agar kedua dua projek ini akan dapat berjalan bersama mengikut jadual yang akan dipersetujukan.
No comments:
Post a Comment