Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017

Pimpinan PERDASAMA Pusat - EXCO PERDASAMA MALAYSIA SEHINGGA 9/12/2017
PERDASAMA Satu Pasukan Satu Tujuan

Wednesday, September 14, 2011

Sambutan Hari Raya Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Dari kiri Tan Sri Nordin, Dato Nik Mahmud dan Dato Yassin Salleh

Saturday, September 10, 2011

Majlis Perjumpaan PERDASAMA dengan delegasi dari Uzbekhistan

Y BHg Dato Izat Emir sedang bertukar cenderahati dengan Timbalan Menteri Kebudayaan Uzbek

Saturday, September 3, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan bathin


Malam Berbuka Puasa Perhimpunan NGO MTEM

Tetamu Kehormat YB Dato Shafie Apdal

Dato Johan Jaafar, Tan Sri Rozali dan Dato Izat Emir

Datuk Naim Mohamad dan Dato Adnan Buyong

Sunday, August 28, 2011

Dana untuk Syarikat Bumiputera

Dana untuk syarikat bumiputera

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Dana Mudah Cara berjumlah RM2 bilion bagi kegunaan inisiatif-inisiatif Projek Permulaan (EPP) untuk syarikat bumiputera yang layak melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Teraju hari ini, Perdana Menteri berkata, penubuhan dana hasil kerjasama Teraju dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) itu bertujuan meringankan isu pembiayaan yang menjadi kekangan kepada syarikat-syarikat bumiputera.

‘‘Dana ini akan menyediakan sokongan kepada Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) bumiputera dan akan menjadi insentif tambahan bagi syarikat-syarikat yang memohon untuk mendapatkan bantuan di bawah program Teras yang dilancarkan Teraju pada 20 Julai lalu.

‘‘Ia juga akan menjadi sokongan kepada inisiatif-inisiatif lain yang telah dan bakal diperkenalkan untuk syarikat-syarikat bumiputera,” katanya.

Pengumuman itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) kelima di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, dana berkenaan diwujudkan sebagai tipping point sesuatu projek dengan menyediakan pembiayaan bagi infrastruktur agar PFI bumiputera dapat memberi lebih tumpuan kepada pelaksanaan projek.

Selain itu kata beliau, dana tersebut juga akan menjadi pemangkin kepada syarikat bumiputera menjalankan projek-projek besar yang mempunyai tahap kelayakan minimum nilai pelaburan projek berjumlah RM20 juta.

‘‘Adalah diharapkan impak jumlah pelaburan ini akan membawa manfaat kepada syarikat permulaan serta usahawan mikro bumiputera bagi membolehkan mereka memperbaiki kedudukan dalam rantaian nilai,” katanya.

Berdasarkan anggaran Teraju pula, dana itu dijangka menjana sejumlah lebih RM10 bilion pelaburan swasta.

Pada mesyuarat yang sama, Najib turut mengumumkan peruntukan bumiputera yang dianggarkan bernilai RM8 bilion dalam keseluruhan projek Transit Aliran Massa (MRT) jajaran Sungai Buloh-Kajang.

Kata beliau, beberapa pakej khas kepada kontraktor bumiputera di bawah projek itu telah dikenalpasti antaranya pakej kerja sivil dan infrastruktur, pakej sambungan bekalan tenaga TNB, pakej perolehan berpusat, pakej terowong dan bawah tanah dan pakej sistem MRT.

‘‘Peruntukan bumiputera dianggarkan sebanyak 43 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan projek MRT pada jajaran berkenaan,” kata Najib.

Friday, August 26, 2011